Saturday, December 25, 2010

Lagi 'feedback' untuk BurgermpaK

'Setelah mendapatkan BurgermpaK, walaupun baru satu hari, saya telah kembali kepada jalan yang lurus dan tidak lagi melakukan maksiat.'
-Alya Mysara (Bandar Baru Klang)

'Saya beli BurgermpaK ni sebab terpaksa sebenarnya tapi alhamdulillah tak menyesal sebab BurgermpaK menjadikan saya tidak lagi mandul.'
-Ahmad Rafi (Sri Kembangan)

'Atok beli ni sebab atok memang suka makan burger. Lagi best bila burger ni tak ada bawang. Atok memang tak suka makan bawang.'
-Atok Ghapur (Johor Lahma)

'Tak sia-sia akak beli. Bila baca je terus akak hidup balik. Boleh laa kacau-kacau orang kampung balik.'
-Hantu Kak Limah (tanah perkuburan islam Taiping)

''Gua sendiri pun tak beli lagi, nak komen macam mana?''
-Rayza MukMin (Syurga)

Thursday, December 23, 2010

Hautu...

Hautu pick a car
-pilih yang mahal dan berprestij. Tak kisah harga.

Hautu choose a girlfriend
-Buat audition. Tapi jangan beritahu audition untuk teater ke filem ke. Biar diorang fikir sendiri.

Hautu be awesome
-Tengok cerita How I Met Your Mother dan jadikan Barney Stinson sebagai role model.

Hautu land on the sun
-Pergi waktu malam.

Hautu buy BurgermpaK

BURGERMPARK

140++ muka surat

RM20 (tidak termasuk pos)

-> tambah RM5 untuk pos laju. Pos laju supaya takde problem buku hilang dan cepat sampai.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, ikuti langkah berikut:

1. Buat pembayaran sebanyak RM25 ke akaun berikut:

- 1621 0663 5004 (Maybank)

- Penama: Mohd. Saufy Nizar

- 12120000024100 (CIMB)

- Penama: Jiewa Enterprise

2. Hantar e-mel bertajuk 'BURGERMPARK' ke weareuya@gmail.com dengan menyertakan sekali:

1. bukti pembayaran

2. alamat -> pastikan bukan alamat yang pelik-pelik, taknak bagi posmen susah mencari.

3. Sila bercakap sopan dengan Abdul UYA!.

4. Bagi yang ingin membeli pakai tangan pada harga RM20, anda boleh membelinya di UYA Distro bermula 20 Disember 2010.

Yang benar,

Abdul UYA!.

p/s : Hautu be a GOD - You just can't.