Saturday, December 25, 2010

Lagi 'feedback' untuk BurgermpaK

'Setelah mendapatkan BurgermpaK, walaupun baru satu hari, saya telah kembali kepada jalan yang lurus dan tidak lagi melakukan maksiat.'
-Alya Mysara (Bandar Baru Klang)

'Saya beli BurgermpaK ni sebab terpaksa sebenarnya tapi alhamdulillah tak menyesal sebab BurgermpaK menjadikan saya tidak lagi mandul.'
-Ahmad Rafi (Sri Kembangan)

'Atok beli ni sebab atok memang suka makan burger. Lagi best bila burger ni tak ada bawang. Atok memang tak suka makan bawang.'
-Atok Ghapur (Johor Lahma)

'Tak sia-sia akak beli. Bila baca je terus akak hidup balik. Boleh laa kacau-kacau orang kampung balik.'
-Hantu Kak Limah (tanah perkuburan islam Taiping)

''Gua sendiri pun tak beli lagi, nak komen macam mana?''
-Rayza MukMin (Syurga)

Thursday, December 23, 2010

Hautu...

Hautu pick a car
-pilih yang mahal dan berprestij. Tak kisah harga.

Hautu choose a girlfriend
-Buat audition. Tapi jangan beritahu audition untuk teater ke filem ke. Biar diorang fikir sendiri.

Hautu be awesome
-Tengok cerita How I Met Your Mother dan jadikan Barney Stinson sebagai role model.

Hautu land on the sun
-Pergi waktu malam.

Hautu buy BurgermpaK

BURGERMPARK

140++ muka surat

RM20 (tidak termasuk pos)

-> tambah RM5 untuk pos laju. Pos laju supaya takde problem buku hilang dan cepat sampai.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, ikuti langkah berikut:

1. Buat pembayaran sebanyak RM25 ke akaun berikut:

- 1621 0663 5004 (Maybank)

- Penama: Mohd. Saufy Nizar

- 12120000024100 (CIMB)

- Penama: Jiewa Enterprise

2. Hantar e-mel bertajuk 'BURGERMPARK' ke weareuya@gmail.com dengan menyertakan sekali:

1. bukti pembayaran

2. alamat -> pastikan bukan alamat yang pelik-pelik, taknak bagi posmen susah mencari.

3. Sila bercakap sopan dengan Abdul UYA!.

4. Bagi yang ingin membeli pakai tangan pada harga RM20, anda boleh membelinya di UYA Distro bermula 20 Disember 2010.

Yang benar,

Abdul UYA!.

p/s : Hautu be a GOD - You just can't.

Sunday, November 28, 2010

Pilihan?

Setiap hari diseru.
Merajai jiwa.
Membeku di fikiran.
Sunyi...
Sepi...
Tiada lagi?

Pilihan.
Memilih yang terpilih?
Terpilih memilih pilihan lain.
Berikan saja.
Biar.
Erti terkunci.

Dengan sepenuh keikhlasan.
Terbuka hati.
Hati digari.
Masih di situ.
Terbakar sendirian.
Sendirian.

Sendirian...
Satu perkataan yang menarik untuk lebih kita kaji untuk lebih kita kupas dengan sedalam-dalamnya sehingga seribu maksud tercapai memberi kepuasan kepada bara yang tidak tenteram cuma kerana sebab yang satu yang tidak boleh tidak dikatakan punca kepada segalanya walaupun sudah jelas dan umum diketahui bahawa kewujudannya satu kemestian dalam kehidupan kerana tanpanya tiada terciptanya segalanya lalu diketahui bahawa ianya berharga melebihi yang lain-lain yang langsung tidak setanding.
Masa...

Kesilapan yang terlewat atau tercepat?
Takdir...
Takdir bekerja rajin sama seperti waktu sebelumnya yang mana tidak pernah leka dan malas seperti manusia yang sering menyalahkan takdir apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan yang tidak perlu lagi disebutkan di sini kerana semua sudah sedia maklum sudah sedia tahu semua yang sedia ada ada hanya kerana mahu kita semua berfikir dengan fikiran yang bukan seperti pemikiran yang biasa difikirkan supaya tidak dibelenggui kebodohan yang kerap kali datang meraja walaupun tanpa rela.
Bodoh...

Simple but enough...
Fool...
Stupid...
Moron...
Equals to loser...

Ahahaha...
Far from that...
Thank GOD...

Thursday, November 25, 2010

Enough

Cold.
Not good enough.

Unspoken.
Not good enough.

Being held together.
Not good enough.

Laughing.
Not good enough.

Another one.
Not good enough.

Sing along.
Not good enough.

Alone.
Not good enough.

Side by side.
Not good enough.

Humorous.
Not good enough.

Heart pumping.
Not good enough.

Crowded.
Not good enough.

Majestic.
Not good enough.

Thinking and thinking.
Not good enough.

Save it for later.
Not good enough.

After this?
Not good enough.

A warm hug that will last forever in the mind.
Not good enough.

Tears.
Not good enough.

Upside down.
Not good enough.

Always being there.
Not good enough.

In the right time at the right place.
Not good enough.

Unexpected.
Not good enough.

Not answering.
Not good enough.

End of time.
Not good enough.

Stop!
Not good enough.

Pain.
Not good enough.

Scared.
Not good enough.

Mine, all mine.
Not good enough.

TERBANG~
Not good enough.

Enough!
Not good enough.
Enough!
Enough...

Tuesday, November 23, 2010

Obliviously oblivious

Jejari mengalir sendiri.
Meng'visual'kan apa yang bersepah di dalam diri.
Tidak!
Tidak begini.

Jauh lebih hebat.
Langsung tidak begini.
It's humiliating.
Being an oblivious person is.

To someone we don't want to.
That's worse.
Death is nothing.
Born is suffocating.

Hell is easy.
Heaven's torturing.
Semuanya kembali.
Tiada yang pergi kecuali...

I don't want you.
No wait!
I do...
No I don't!

Don't even think about that.
Of course I do.
As in the mean time I don't.
I don't know, your call.

I'm mad.
I truly am.
Angry, mad, hate...
It's all there and the list go on and on till infinity.

But it's in a straight line with love.
Care, love, miss, hug...
Same as above.
GOD putting it in the same package.

Throw everything out!
Wait!
I don't have anything.
Nothing at all...

So?
Easier?
Harder!
True!

Too much giving.
Too less taking.
Not too less.
Not taking at all.

Forgotten.
Deeper and deeper.
Just falling down the grave.
Longer and longer.

Till there's nothing.
Nothing to talk, nothing to see, nothing to hear and nothing to touch.
Nothing to feel.
Just as usual.

Oblivion.
One of them.
Just the greater one.
Proud?

Still manage to smile.
Well, never change.
Oblivion?
Well, never change.

Saturday, November 20, 2010

Hentikan kegilaan ini

Sampai bila?
Soalan kepada manusia.
Terutama kepada diri.
Lupakan segala kebodohan.
Teruskan dengan keagungan.
Tinggalkan segala sepi.
Menyanyi sendirian.
Mimpi yang direka.
Soalan yang sama.
Tiada lain.
Hanya soalan.
Jawapan yang tiada pada diri.

Gila.
Bila?
Sentiasa.
Kerana?
Aku.
Siapa?
Aku.
Tiada.
Aku.
Berhenti?
Belum?
Sepatutnya...

Kalau sebaliknya?
Kembali?
Berserah.
Sanggup?
Gila.
Mungkin.
Mungkin tidak.
Mengapa perlu?
Kebodohan yang agung?
Kebodohan yang terpilih?
Loser.
Sebulat suara.
Tiada yang lebih lembut dari itu.
Loser.

Sentiasa di atas.
Cuma tak menyedari.
Masih di atas.
Sampai bila-bila.
Walaupun tanpanya.
Takdir.
Tidak pernah tidak.
Hancur yang tiada kecainya.
Aku?
Kembali.
Menanti?
Tiada pernah berhenti.
Berhenti!
Tidak yakin akan mampu.
Ada.
Samar.
Ada.

Sekarang.
Hentikan.
Masih tidak.
Berhenti!
Gila...
Perlu pada masanya.
Sekarang?
Sebentar saja lagi...
Dan aku pergi...
Tiada kembali...
Menoleh pun tidak lagi...

Friday, November 19, 2010

ANGEL dan LOSER

Andainya seorang ANGEL jatuh cinta kepada seorang LOSER, maka ANGEL itulah yang menjadi LOSER, LOSER itu tidak sekali-kali akan menjadi ANGEL.

Wednesday, June 2, 2010

The perfect moment...

Rasaku terhenti di situ.
Disebelah kanan mencubit, di sebelah kiri meraba.

Mindaku terhenti di situ.
Di sebelah kanan lembut, di sebelah kiri bijak.

Mataku terhenti di situ.
Disebelah kanan membisu, di sebelah kiri tersenyum.

Mulutku terhenti di situ.
Di sebelah kanan terkunci, di sebelah kiri mengalir.

Telingaku terhenti di situ.
Di sebelah kanan menguji, di sebelah kiri memuji.

Deriaku terhenti di situ.
Di sebelah kanan membakar, di sebelah kiri melemaskan.

Tanganku terhenti di situ.
Di sebelah kanan ringkas, di sebelah kiri padat.

Kakiku terhenti di situ.
Di sebelah kanan dekat tapi jauh, di sebelah kiri jauh tapi dekat.

Kataku terhenti di sini...
Dengan harapan ada yang lebih layak datang membantu.
Seseorang yang sanggup mengganti.
Mengganti tempatku mengekalkan senyuman itu.
Seseorang yang tidak akan membuatkan aku iri hati.

Nafasku terhenti di sini...
Bila mana aku masih tidak mampu membuat keputusan, membuat pilihan.
Walaupun sebenarnya aku tidak layak memilih.
Aku tidak layak memilih...
Tidak layak memilih...

Sunday, April 18, 2010

Takrifkan makna KEPUTUSAN itu sendiri...

Aku bosan!
Aku bosan mengingini kau!
Aku bosan mahukan kau!
Aku bosan!
Aku inginkan kau!
Aku bosan!
Aku inginkan apa yang kau tak suka!
Aku ingin kau hidup bahagia, penuh gembira dan ceria!
Kau tak inginkannya aku rasa!
Aku tak ingin kau sentiasa membazirkan air mata!
Kau inginkannya aku rasa!
Aku bosan!
Aku bosan dengan apa yang aku inginkan!
Aku bosan dengan apa yang kau tak inginkan!
Aku bosankan kebosanan!
Aku ingin bermegah dengan apa yang aku rasa!
Aku ingin kau berbangga dengan apa aku rasa!
Kau hanya membuatkan aku semakin bosan!
Aku ingin kau nampak segala yang aku buat!
Aku ingin kau tahu segala apa yang aku tahu!
Aku ingin kau impikan segala apa yang aku mahu!
Aku sudah bosan dengan keinginan!
Kau sudah bosan dengan kehidupan!
Aku inginkan kegilaan ini diteruskan!
Aku inginkan kebosanan ini terus digilakan!
Aku inginkan kepastian!
Aku ingin disegerakan!
Aku inginkan kau!

Atau aku hanya menipu diri sendiri?!

Jika benar, maka ini adalah penipuan terhebat sepanjang hidupku!
Penipuan yang mencipta pelbagai karya yang agung bagiku!
Penipuan yang membosankan keinginanku...

Friday, April 2, 2010

Untuk kamu

Pabila ku merenung ke matamu,
Aku melihat cinta yang sedang ditahan-tahan,
Dan bila aku memelukmu,
Adakah kamu tahu aku juga merasa begitu,

Tiada apa yang kekal abadi,
Dan kita berdua tahu hati dan perasaan boleh berubah,
Dan sangat sukar untuk menahan api itu dari padam,
Di hari yang sejuk, dingin seperti malam ini,

Aku sudah menempuh pengalaman sebegini sejak dari dulu,
Hanya mencuba untuk menghilangkan rasa perit itu,
Tapi cinta selalu datang dan cinta selalu pergi,
Dan tiada insan yang tahu siapa yang akan melepaskan tangannya pada hari ini dan berlalu,

Kalaulah kita boleh mengambil sedikit masa dan berserah kepadaNya,
Dapat ku rebahkan kepalaku hanya dengan mengetahui bahawa kamu adalah kepunyaanku,
Kepunyaanku sepenuhnya,

Jika kamu mahu mencintaiku,
Janganlah kamu menahan dirimu,
Atau aku akhirnya akan berlalu,
Di dalam kedinginan gelap malam,

Adakah kamu perlukan masa keseorangan?
Adakah kamu perlukan masa bersendirian?
Semua insan perlukan masa keseorangan.
Adakah kamu tahu bahawa kamu perlukan masa bersendirian?

Aku tahu betapa sukarnya untuk kekalkan hati yang terbuka,
Apabila kawan sendiri pun seperti mahu melukakan kamu,
Tapi jika kamu boleh merawat hati yang luka,
Bukankah masa akhirnya akan sentiasa membantumu,

Kadang-kala aku perlukan masa keseorangan,
Kadang-kala aku perlukan masa bersendirian,
Semua insan perlukan masa keseorangan.
Adakah kamu tahu bahawa kamu perlukan masa bersendirian?

Dan apabila ketakutan kamu sudah berkurangan,
Dan yang tinggal hanya bayang-bayang hitam,
Aku tahu kamu tidak dapat mencintaiku pabila tiada insan lagi untuk disalahkan,
Jadi usah kamu pedulikan kegelapan kerana kita masih dapat menemui jalan yang dituju,
Dan tiada apa yang kekal abadi termasuklah kedinginan malam ini...

Tidakkah kamu fikir kamu perlukan seseorang?
Tidakkah kamu fikir aku perlukan seseorang?
Semua insan perlukan seseorang,
Bukan hanya kamu...

p/s : Siapa yang tahu, faham laa... Ahahaha...

Friday, March 19, 2010

Jangan dihilangkan lagi...

Sedikit saja lagi...

Jika dibenarkan aku hanya satu.
Akan ku hentikan bumi kaku di situ.

Bukan bermaksud hendak mengganggu.
Tapi untukmu, aku sanggup.

Biar dimaki hamun apa sekalipun.
Bangga pasti ada dalam diriku.

Sedikit saja lagi...

Kekalkan ia walaupun hanya sedetik.
Tidak mahu aku biarkan ia pergi begitu saja.

Kau lebih berharga dari satu dalam sejuta.
Baik di bumi mahupun syurga.

Tak mungkin ada bidadari yang menyangkal.
Tak mungkin ada makhluk yang menolak.

Sedikit saja lagi...

Janganlah kau gugur sebelum berputik.
Abadilah kau di situ.

Aku akan sentiasa di samping.
Bagai leher digari rantai berlian.

Dibuang kuncinya lubangnya dimatikan.
Semoga ajal pun tidak mampu memisahkan.

Sedikit saja lagi...

Tinggallah kau walaupun sedikit.
Supaya dapat aku merasa nikmat ulung pencipta manusia.

Baru boleh aku berkata yang aku juga ada.
Malah lebih dari kamu semua.

Kerana sedikit dari kau adalah segalanya bagiku.
Dan pasti tiada sesal lagi yang akan wujud pada kita.

Sedikit...
Itu saja yang aku perlukan...

Monday, March 15, 2010

Sekurangnya ku tahu

Biar saja aku merindu sendiri,
Merindukan dia yang ku rasa tidak pernah merinduiku,
Sekurangnya ku tahu jiwa ini tidak terlalu kosong,
Sekurangnya ku tahu otak ini terus berjalan.

Biar saja aku merindu sendiri,
Menaip bait bait puisi tidak bermakna,
Sekurangnya ku tahu jari ini tidak bosan,
Sekurangnya ku tahu mata ini ada kerja untuk dibuat.

Biar saja aku merindu sendiri,
Melukis potretmu beribu-ribu,
Sekurangnya ku tahu pensel itu terasah,
Sekurangnya ku tahu pemadam itu digunakan.

Biar saja aku merindu sendiri,
Sentiasa berfikir tentang dirimu setiap malam,
Sekurangnya ku tahu ada mimpi yang ku damba,
Sekurangnya ku tahu ada sesuatu yang aku mahu.

Biar saja aku merindu sendiri,
Merindukan dirimu yang langsung tidak pernah merindui aku...

Saturday, March 13, 2010

Cinta sang CUPID

Begitu hebat sang CUPID.

Terbang merata tempat menabur cinta.
Menautkan kasih dua insan yang ghairah penuh nafsu.

Begitu gagah sang CUPID.

Memalu panah cinta di mana saja berhenti.
Kasih murni sejati tercipta abadi.

Begitu rajin sang CUPID.

Satu hari tanpa cinta bagaikan kiamatlah dunia.
Berputik setiap masa mekar sentiasa.

Begitu suci sang CUPID.

Menyatukan sesiapa saja tanpa diskriminasi.
Tidak mengharap pujian dan balasan.

Begitu mulia sang CUPID.

Tanpanya tiada kita mengerti apa itu cinta.
Tiada kita lalui apa itu bahagia.

Begitu menyedihkan sang CUPID.

Mencari cinta untuk orang tetapi tidak diri sendiri.
Sentiasa keseorangan sentiasa menyepi.

Begitu bodoh sang CUPID!

Belum pernah bertemu dengan cinta sendiri.
Tidak pernah merasa cinta sejati.


Tuesday, March 9, 2010

Benda yang hilang

Dulu...

Aku pernah memilikinya.

Dulu...

Aku pernah merasainya.

Dulu...

Aku sentiasa menyayanginya.

Dulu...

Aku sangat menghargainya.

Sekarang...

Aku terlalu merinduinya.

Sekarang...

Aku sering menginginkannya.

Sekarang...

Aku telah kehilangannya.

Sekarang...

Aku tidak lagi mempunyainya.

Sesaat...

Aku telah menjumpainya kembali...
Benda yang hilang itu kini berada di depan mataku...
Namun...

Aku sudah tiada hak lagi...
Benda yang hilang itu sudah berada di tangan insan lain.
Tidak sanggup aku melihat insan itu menjadi aku yang sekarang...

Kehilangan benda yang hilang...

Saturday, March 6, 2010

Percayakan masa...

Tiada kata seindah syurga yang mampu aku lafazkan...
Tiada rasa semerdu bunyi angin yang mampu aku berikan...
Tiada pandangan seharmoni cahaya bulan yang mampu aku laungkan...
Cuma jiwa seikhlas raga yang ada di kandung badan...

Masa terhenti...

Jantung ini turut berhenti...
Mata ini hangat membeku...
Fikiran melayang kembali membatu...
Seluruh tubuh kaku membisu...

Masa masih berhenti...

Kau...
Kau memberi aku rasa...
Kau memberi aku harapan...
Kau memberi aku percaya...

Masa berhenti dan tidak bergerak lagi...

Kau adalah satu-satunya sebab untuk aku...
Untuk aku kembali percaya...
Percaya yang ia masih ada...
Masih ada setia di situ...

Masa tak mungkin bergerak kembali...

Percaya...
Aku seperti mendapat kembali benda yang telah lama menghilang...
Tapi sayang...
Ia milik orang...

Dan masa juga terus berjalan...
Berjalan...
Berjalan...
Keseorangan...

Wednesday, January 20, 2010

Biarkan!!!

Orang kata aku jahat!

Biarkan!

Orang kata aku gila!

Biarkan!

Orang kata aku bodoh!

Biarkan!

Orang kata jangan buat itu!

Arghh!!

Orang kata jangan buat ini!

Arghh!!

Nanti kena itu!

So?

Nanti kena ini!

So?

Biarkan!

Semua orang sibuk nak kacau hal aku!

Semua orang sibuk nak cerita masalah masing-masing!

Siapa yang jahat sebenarnya?

Siapa yang gila sebenarnya?

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Biarkan!

Biarkan mereka!

Don’t give a damn!

Biarkan mereka hidup dalam neraka bodoh mereka!

Dunia!!!
Kau ada hutang dengan aku!