Wednesday, December 23, 2009

Sekejap

Saat berganti minit, minit berganti jam.
Suasana menjadi semakin kelam semakin diam.
Aku tunggu.

Aku sendiri tidak pasti apa yang aku tunggu.
Mungkin kesengsaraan, mungkin kesedihan.
Tapi aku tunggu.

Boleh jadi juga kegembiraan, boleh jadi juga kesenangan.
Yang boleh membuatkan aku alpa, yang boleh membuatkan aku percaya.
Yang pasti aku terus menunggu.

Seluruh persekitaran mataku melilau mencari apa yang aku tunggu.
Hati berdebar melihat apa yang berlalu.
Apa yang ku nanti tidak juga ketemu.
Dan aku rasa sudah terlalu lama aku di situ.

Aku tunggu.
Aku menunggu.
Aku tertunggu-tunggu.
Aku bagaikan sebuah tugu.

Teguh berdiri di situ.
Menunggu sesuatu yang aku tahu tidak akan muncul.
Tetapi terus setia menghadap janji palsu.
Dan menjadikan aku sebahagian daripada mereka yang bacul.

Saturday, December 12, 2009

AKU FIKIR

Aku fikir.
Aku fikir.

Aku fikir di mana rasionalnya mereka sekarang.
Sanggup bermusuh-musuhan, berlawanan-lawanan, berlari bertempiaran.
Tiada kawan tiada teman.
Hanya igauan menjadi santapan.

Aku fikir.
Aku fikir.

Aku fikir apa simboliknya mengecilkan yang besar.
Daripada tidak menjadi tegar.
Matlamat asal jauh gila tersasar.
Tiada arah peneman dikelar.
Menatap ajal bertambah sukar.
Wajah ceria bertukar gusar.

Aku fikir.
Aku fikir.

Aku fikir bagaimana mampu aku mengubah itu.
Menjadikan ia kepada sesuatu.
Lebih berani mengadap yang maha satu.
Membuang onar berjuta batu.
Menukarkan lalat kepada kelkatu.
Hidup bermaruah memakai sepatu.

Aku fikir.
Aku fikir.

Ya!

Aku memang suka berfikir.
Berfikir bagaimana mahu mengajak semua orang supaya rajin berfikir.
Memahat lesung menjadi kikir.
Agar tidak bodoh sombong jahil tukir.
Menjadi lebih hebat dari hang lekir.
Dan tidak lagi mengembara di alam fakir.