Wednesday, December 23, 2009

Sekejap

Saat berganti minit, minit berganti jam.
Suasana menjadi semakin kelam semakin diam.
Aku tunggu.

Aku sendiri tidak pasti apa yang aku tunggu.
Mungkin kesengsaraan, mungkin kesedihan.
Tapi aku tunggu.

Boleh jadi juga kegembiraan, boleh jadi juga kesenangan.
Yang boleh membuatkan aku alpa, yang boleh membuatkan aku percaya.
Yang pasti aku terus menunggu.

Seluruh persekitaran mataku melilau mencari apa yang aku tunggu.
Hati berdebar melihat apa yang berlalu.
Apa yang ku nanti tidak juga ketemu.
Dan aku rasa sudah terlalu lama aku di situ.

Aku tunggu.
Aku menunggu.
Aku tertunggu-tunggu.
Aku bagaikan sebuah tugu.

Teguh berdiri di situ.
Menunggu sesuatu yang aku tahu tidak akan muncul.
Tetapi terus setia menghadap janji palsu.
Dan menjadikan aku sebahagian daripada mereka yang bacul.

4 comments:

aloy_paradoks said...

ah,,,,, dah mula nak main sajak sajak pulak..

bias® said...

sekejap jek?

basikaltue said...

menunggu adalah satu penyeksaan..
huhu

patungcendana said...

ok...sekejap..