Friday, April 2, 2010

Untuk kamu

Pabila ku merenung ke matamu,
Aku melihat cinta yang sedang ditahan-tahan,
Dan bila aku memelukmu,
Adakah kamu tahu aku juga merasa begitu,

Tiada apa yang kekal abadi,
Dan kita berdua tahu hati dan perasaan boleh berubah,
Dan sangat sukar untuk menahan api itu dari padam,
Di hari yang sejuk, dingin seperti malam ini,

Aku sudah menempuh pengalaman sebegini sejak dari dulu,
Hanya mencuba untuk menghilangkan rasa perit itu,
Tapi cinta selalu datang dan cinta selalu pergi,
Dan tiada insan yang tahu siapa yang akan melepaskan tangannya pada hari ini dan berlalu,

Kalaulah kita boleh mengambil sedikit masa dan berserah kepadaNya,
Dapat ku rebahkan kepalaku hanya dengan mengetahui bahawa kamu adalah kepunyaanku,
Kepunyaanku sepenuhnya,

Jika kamu mahu mencintaiku,
Janganlah kamu menahan dirimu,
Atau aku akhirnya akan berlalu,
Di dalam kedinginan gelap malam,

Adakah kamu perlukan masa keseorangan?
Adakah kamu perlukan masa bersendirian?
Semua insan perlukan masa keseorangan.
Adakah kamu tahu bahawa kamu perlukan masa bersendirian?

Aku tahu betapa sukarnya untuk kekalkan hati yang terbuka,
Apabila kawan sendiri pun seperti mahu melukakan kamu,
Tapi jika kamu boleh merawat hati yang luka,
Bukankah masa akhirnya akan sentiasa membantumu,

Kadang-kala aku perlukan masa keseorangan,
Kadang-kala aku perlukan masa bersendirian,
Semua insan perlukan masa keseorangan.
Adakah kamu tahu bahawa kamu perlukan masa bersendirian?

Dan apabila ketakutan kamu sudah berkurangan,
Dan yang tinggal hanya bayang-bayang hitam,
Aku tahu kamu tidak dapat mencintaiku pabila tiada insan lagi untuk disalahkan,
Jadi usah kamu pedulikan kegelapan kerana kita masih dapat menemui jalan yang dituju,
Dan tiada apa yang kekal abadi termasuklah kedinginan malam ini...

Tidakkah kamu fikir kamu perlukan seseorang?
Tidakkah kamu fikir aku perlukan seseorang?
Semua insan perlukan seseorang,
Bukan hanya kamu...

p/s : Siapa yang tahu, faham laa... Ahahaha...

1 comment:

Hujan said...

tak faham...haha