Thursday, January 13, 2011

Tak semua tahu...

Anugerah Juara Lagu ke 2 berlalu.
Ya...
Juaranya Ana Raffali.
Ya...

Hampir separuh penonton di stadium bersorak tidak puas hati dan keluar ketika juara diumumkan.
Ya...
Hampir satu Malaysia tidak setuju dengan keputusan juri.
Ya...

Bukan kerana aku terlibat dalam persembahan Ana, jadi aku menyokong dia.
Tidak...
Bahkan aku sendiri tidak pernah mendengar lagunya sebelum AJL ini.
Tidak...

Terlalu ramai orang yang merasakan diri mereka lebih hebat dari juri-juri professional.
Ada juga yang terlalu taksub dengan idola mereka sehinggakan mereka tidak akan puas hati jika sesiapa yang lain menang.
Pada hal kemenangan idola mereka, bagi aku, langsung bukan kemenangan mereka.
Mereka cuma sekadar OBLIVION sahaja.

Antara sebab-sebab Ana menang, secara peribadi bagi gua :-

1. Ana Raffali dan krew-krew menyiapkan sendiri sangkar kerana kedai yang mereka tempah gagal menyiapkan dalam masa yang ditetapkan dan krew-krewnya hanya seramai 3-4 orang sahaja.

2. Ana Raffali sendiri mengecat sangkar sehingga jam 4-5 pagi walaupun sedang demam dan batuk.

3. 9 Januari adalah tarikh ulang tahun...

Banyak lagi sebenarnya...
Tapi bukan untuk semua orang tahu...

3 comments:

yUmmy meDicinE said...

nak tekan like kat ane?hehe

Tihara said...

rezeki dia kan..

bias® said...

cat sangkar? sian...