Friday, March 19, 2010

Jangan dihilangkan lagi...

Sedikit saja lagi...

Jika dibenarkan aku hanya satu.
Akan ku hentikan bumi kaku di situ.

Bukan bermaksud hendak mengganggu.
Tapi untukmu, aku sanggup.

Biar dimaki hamun apa sekalipun.
Bangga pasti ada dalam diriku.

Sedikit saja lagi...

Kekalkan ia walaupun hanya sedetik.
Tidak mahu aku biarkan ia pergi begitu saja.

Kau lebih berharga dari satu dalam sejuta.
Baik di bumi mahupun syurga.

Tak mungkin ada bidadari yang menyangkal.
Tak mungkin ada makhluk yang menolak.

Sedikit saja lagi...

Janganlah kau gugur sebelum berputik.
Abadilah kau di situ.

Aku akan sentiasa di samping.
Bagai leher digari rantai berlian.

Dibuang kuncinya lubangnya dimatikan.
Semoga ajal pun tidak mampu memisahkan.

Sedikit saja lagi...

Tinggallah kau walaupun sedikit.
Supaya dapat aku merasa nikmat ulung pencipta manusia.

Baru boleh aku berkata yang aku juga ada.
Malah lebih dari kamu semua.

Kerana sedikit dari kau adalah segalanya bagiku.
Dan pasti tiada sesal lagi yang akan wujud pada kita.

Sedikit...
Itu saja yang aku perlukan...

1 comment:

patungcendana said...

alamak....hilang pulak.